Bingkisan Buat Bakal Isteriku

:~Untukmu, Bakal Isteriku…..~:

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “Kau tercipta untukku.”

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tanggungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.”

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

“Kahwinilah isteri kerana empat perkara: keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku..

WasSalam

p/s : Ni bukan tulisan saya. Artikel ini diambil dari blog sahabat, Badri. Tolong promosi blog dia. Klik sini

8 thoughts on “Bingkisan Buat Bakal Isteriku

  1. Insya Allah, setiap kali naik update blog ustaz ana masuk jer cuma tak tinggalkan jejak di tempat komen. Tapi post kali ni, tersenyum membacanya. Insya Allah, moga dikurniakan pendamping yang akan menyempurnakan sebahagian diri yang “tercari-cari” selama ni buat ustaz juga sahabat ustaz. Insya Allah.

    Macammana dengan pengajian?

    • Oh, camtu. Moga doa ust tu dimakbulkan secepat mungkin.
      Pengajian ana setakat ni alhamdulillah. Fatrah imtihan dah di penghujung. Tapi, tahun ni amat2 diuji dengan muqarrar yang banyak. Sangat mencabar.
      Suasana talaqqi pun makin bertambah rancak di sini walaupun dicemari sedikit dengan tindakan pihak keselamatan Syria yang agak membimbangkan pelajar2 ajanib di sini. Apapun, doakan kami.

      Lupa nak doa kat pengantin baru, Baarakallahu lakuma wa baaraka alaikuma wa jama’a bainakuma fil khair.

      • Ameen ya Rabb🙂

        Jazakallah atas doa yang diberikan.

        Insya Allah, moga dipermudahkan segala urusan dan pengajian. Begitulah sunnah berjuang dan perjuangan pula untuk menadah ilmu agama, insya Allah moga diberkati usaha untuk mendalami ilmu agama dipermudahkan pula urusannya. Apabila diuji itu tandanya Allah mahu kita erat dengan Nya, insya Allah.

        Bersyukurlah andai terbit rasa ketidakmampuan,
        Itu tandanya hamba sentiasa perlukan tuhan…

        Manfaatkan masa dan peluang yang ada, rebut segala kesempatan yang datang kerana mehnah itu pasti mengiringi langkah seorang pejuang. Bila dah balik Malaysia nanti, pasti akan rindukan suasana yang sekarang ni dirasakan penuh onak cabaran. Semuanya nikmat dan anugerah Allah kepada ust. Insya Allah.

  2. herm..n3 mmng bagus n sedap dibaca…cma bila remind2…agak2 sapela yg benar2 ikhlas melatakkan agama dan akhlak pilihan utama dlm dunia reality ni…jgn lebih ayt je kn….

    • Ramai je dalam dunia ni yang menjadikan agama sebagai asas pemilihan. Kalau tak, dah tentu semua nak kawin dengan Siti Nurhaliza. Tak pun, semua nak kawin dengan keturunan nabi. Tak pun seme nak kawin dengan anak Najib Razak (sbb dia kaya). Tapi realitinya bukan juga begitu.

      Menjadikan agama sebagai asas pemilihan bukan bermaksud salah untuk kita mengambilkira kriteria-kriteria lain yang disebut oleh nabi. Sekiranya kita dapat menghimpunkan kesemua 4 kriteria itu, tiada salahnya dengan syarat agamanya yang diletakkan sebagai asas yang pertama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s