Syria larang pakai niqab

2010/07/21 – DAMSYIK: Syria melarang pelajar dan guru di negara itu daripada memakai niqab (tudung yang hanya mendedahkan bahagian mata wanita), tindakan yang dilihat kebanyakan pihak mempunyai tujuan politik.

Larangan terbabit menunjukkan perjanjian yang jarang berlaku dalam masyarakat sekular Syria, pihak berkuasa kerajaan dan demokrasi Eropah : di mana kedua-dua melihat niqab sebagai sesuatu boleh mengancaman kestabilan.

“Kami memberikan arahan kepada semua universiti agar melarang wanita memakai niqab daripada mendaftar,” kata seorang pegawai kerajaan di Damsyik.

Arahan berkenaan berkuatkuasa di universiti awam dan swasta dan bertujuan melindungi identiti sekular Syria, kata seorang pegawai terbabit yang enggan mendedahkan namanya.

Beratus-ratus guru sekolah rendah yang memakai niqab di sekolah kerajaan dipindahkan bulan lalu untuk melakukan kerja pentadbiran, katanya.

Larangan berkenaan dikeluarkan Ahad lalu oleh Kementerian Pelajaran tidak membabitkan hijab, atau tudung kepala yang biasa di Syria berbanding niqab.

Syria adalah negara terkini membabitkan Eropah hingga Asia Barat yang mengambil tindakan terhadap tudung, kebanyakan dilihat sebagai simbol Islam konservatif. Tindakan terhadap tudung mula merebak ke negara Arab lain termasuk Mesir, Jordan dan Lubnan, sementara Jordan cuba menimbulkan kebimbangan bahawa perompak juga boleh memakai tudung sebagai topeng.

Turki melarang tudung di kalangan pelajar universiti dan kebanyakan rakyatnya menyifatkan tindakan membenarkannya di sekolah sebagai ancaman kepada undang-undang sekular moden Turki. – AP

Link asal : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Syrialarangpakainiqab/Article

Ulasan : Ada syeikh yang mengkritik keputusan ini. Hasilnya, dia ditangkap dan tidak dibenarkan mengajar abadan (selama-lamanya). Syeikh tersebut, Syeikh Firas terkenal di kalangan syabab Malaysia dan sedang membuat kelas setiap hari kecuali Jumaat di Jamik Qurasyi. Katanya, sekiranya larangan niqab dibuat kerana kepentingan umum, perlu juga dibuat larangan untuk pakaian-pakaian yang menjolok mata seperti pakaian kebanyakan muda-mudi Syria sekarang.

6 thoughts on “Syria larang pakai niqab

  1. Salam.

    Isu islamofobia turut mengheret isu niqab, allahuakbar.

    Isu Palestin pula seakan sengaja dibisu dan pekakkan hatta oleh umat Islam sendiri, haihhhhh…😦

    • boleh, boleh. 50 lera sekali copy ye.. (main2 je)..

      Alhamdulillah Syeikh Firas dah dibebaskan. Cuma tak tahu lagi boleh mengajar semula atau tidak.

  2. Salam ust, dari apa yang ana ikuti… Pengharaman niqab bermula dengan islamofobia. Bila Barat mula mengharamkan, dan dirintis pula negara lainnya maka Syria turut terjun melompat sama. Hurm…😦

    Di Syria sekarang ni akhawat yang berniqab terpaksa melepaskan niqab ker?

    • Kalau di Barat boleh dikatakan sebagai Islamfobia kerana mereka sering diberi gambaran salah tentang Islam. Tapi kalau Syria yang ulama’nya keliling pinggang, mustahil ia lahir dari fobia. Kebanyakan negara sosialis-diktator tidak mahu kuasa mereka hilanng dengan kebangkitan Islam.

      Alhamdulillah, akhawat2 yang berniqab boleh pakai lagi sebab itu peraturan di pusat pengajian kerajaan. Kebanyakan kami belajar di tempat pengajian yang diasaskan oleh masyaikh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s