Bersedia untuk ditarbiah

Tarbiah adalah satu proses pembentukan dan juga penjagaan. Ramai sekali yang mendapat tarbiah dari pelbagai gerakan dan pertubuhan Islam. Banyak sekali yang sudah mendengar istilah tarbiah sejak kecil lagi. Paling rancak proses tarbiah ialah ketika berada di bangku sekolah menengah dan di alam kampus. Kerana di masa inilah manusia mencari identiti dan membina karismatik diri.

Namun, kadang-kadang terfikir juga kenapa agaknya manusia begitu sukar menerima tarbiah selepas menerima tarbiah? Begitu sukar diri manusia yang telah awal menerima tarbiah untuk menerima proses tarbiah seterusnya. Jiwa kecil pasti akan ada yang memperkecilkan proses tarbiah yang dianggap enteng. Walhal tarbiah itu ada proses yang berterusan, tiada had usia. Bukan setakat di sekolah menengah, bukan setakat tamat rabi’ thanawi, bukan juga apabila menyudahi pengajian di kampus. Jiwa yang keras dan ego kadang-kadang menyebabkan kita tidak mampu menerima tarbiah apalagi jika seorang itu agamawan. Megah dengan ilmu masing-masing padahal jiwa kosong dan gersang dengan kesedaran dan tawadhu’.

Satu kunci untuk menerima tarbiah ialah merendahkan diri dan jiwa untuk melalui proses itu. Ingatlah, apabila jiwa sudah keras, hati sudah boring, maka tiada apa lagi yang masuk kecuali takabbur. Moga Allah menyelamatkan kita untuk menerima tarbiah ini Ya Rabb.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s