Catatan Hujung 1431

Terlalu  kaku jari ini untuk memulakan semula ketikan-ketikan ke atas butang keyboard untuk kembali beraksi di dunia blog. Memang benarlah manusia ini hanya makhluk yang lemah. Walau sekuat mana kita, tiada kekuatan kecuali dengan Allah.

Bukan tidak mahu menulis…

Bukan juga tidak mahu menyumbang..

Otak kurniaan Allah ini sudah mula diresapi virus ‘M’.

MALAS !!!

Malas untuk membaca. Malas untuk berfikir. Malas untuk menganalisis. Malas untuk mengkaji. Malas untuk membaca zaman.

Ditambah lagi dengan banyak sungguh perkara yang dibimbangi.

Melangkah ke tahun akhir pengajian bagi sesetengah orang memang menyeronokkan. Gambaran marhalah baru kehidupan sudah mula berada dalam kepala. Khayalan keseronokan begitu mengujakan.

Tetapi tidak bagi saya. Berada di tahun akhir pengajian memberi tekanan yang begitu dahsyat. Terlalu banyak perkara yang belum beres. Kadar 5 tahun berada di sini seolah-olah belum mencukupi.

Bagaimana dengan target al-Quran ??

Bagaimana dengan penguasaan bahasa arab fushah ??

Bagaimana dengan kemampuan ilmu ??

Bagaimana dengan kemampuan menyampaikan ilmu ??

Bagaimana dengan kemahiran untuk mendekati masyarakat ??

Softskills ?? Multiskills ?? Multimedia ??

Aduuh !!

Nyata sekali, dunia dan cabaran yang menanti saya amat kuat. Masa untuk saya mempersiapkan diri di Syria ini hanya berbaki setahun. Moga berkat Allah ada dalam masa saya. Teringat kata-kata Hujjatul Islam Imam al-Ghazali r.a dala karyanya Minhajul Abidin :

فإن العبد ضعيف والزمان صعب وأمر الدين متراجع والمعين قليل والشغل كثير والعمر قصير وفي العمل تقصير والناقد بصير والأجل قريب والسفر بعيد والطاعة هي الزاد

“Sesungguhnya kita hamba yang dhaif. Zaman pula semakin susah. Penghayatan agama semakin mundur. Manakala penolong agama sedikit sedangkan kerjanya banyak. Umur pula pendek sedangkan amal kita sentiasa kurang. Orang yang melawan pula sentiasa memerhati. Ajal kita semakin dekat, sedangkan apa yang hendak dicapai masih jauh. Maka taqwalah menjadi bekal kita”

(Maaf, terjemahannya tak flowery untuk menarik perhatian)

Ya, taqwa sebagai bekal !!

Insya-Allah, azam dan iqrar yang saya tanam sejak tahun 1425H untuk menyumbang secara total kepada perjuangan menegakkan agama Allah ini akan terus dijalankan dengan bekal taqwa.

 

Bait Sting-Gun,

27 Zulhijjah 1431 – 11.55 mlm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s