Pulanglah Dengan Thabat Kalian

Petang tadi, kota Damsyik terasa nyaman sekali. Gerimis turun mencurah rahmat bumi anbiya’ ini. Cuaca sejuk terus menyelubungi setiap manusia yang ada di sini. Ada yang masih berselubung di perbaringan lantas terkena musibah demam. Ada juga yang bertungkus lumus dengan imtihan awal di tempat pengajian masing-masing. Namun, tarikh 24 Muharram 1432 bersamaan 30 Disember 2010 agak syahdu bagi sebahagian orang kerana akan meninggalkan bumi barakah Syam.

Khairul Azuan, Afiyah & Wildan.

Firdaus, Suhadah & Qutaibah.

Azuan memegang Wildan ketika seorang sheikh mentahniknya di rumah Sheikh Kurayim Aidiladha lepas

Aus & Qutaibah

 

Me & Wildan

Mereka mengambil giliran untuk terjun ke medan yang lebih luas di Malaysia. Meneruskan perjuangan yang telah mereka mulakan. Bakal menempuh dunia yang selama ini selalu diperkatakan secara teori di sini. Ya Salaam..

Bagi saya, pemergian mereka kali ini tidaklah sesyahdu sahabat-sahabat yang telah pergi meninggalkan bumi Syam ini.

Berbeza benar.

Saya menghantar mereka kali ini dengan penuh rasa bangga dan pengharapan untuk menunaikan segala apa yang telah dibina sepanjang berada di sini. Amal islami, perjuangan, pengorbanan, kesabaran dan thabat bakal  diuji selepas ini. Saya amat percaya (insya-Allah), mereka adalah produk-produk yang baik yang akan berkhidmat kepada ummah !!

Kerana itu saya bangga. Tiada tangisan dan air mata semasa wida’.

Semasa dalam perjalanan ke airport, Azuan masih sempat berkata “Rasa macam tak balik Malaysia lagi je hari ni” Masing-masing yang menghantar masih sempat bergurau dan buat macam dia masih ada lagi di Syria esok hari.

Mungkin ini kerana kami berjumpa dan berpisah kerana-Nya, insya-Allah.

Moga dengan ikatan ini, kami sentiasa dekat.

Selamat pulang.

Selamat berjuang.

Selamat menempuh cabaran baru.

Pulanglah dengan thabat kalian !!

 

Bait Sting-Gun – 12.56 a.m

7 thoughts on “Pulanglah Dengan Thabat Kalian

  1. Salam`alayk.

    Alhamdulillah, semalam berkesempatan bertemu sama Ukhti Suhadah dan Qutaibah juga suami. Ukhti Suhadah adik kepada kawan baik suami ana.

    Qutaibah nampak masih belum dapat sesuaikan dri dengan suasana malaysia🙂

    • Subhanallah, keciknye dunia… Satu lagi, Qutaibah tak biasa dengan lelaki, selalu nangis kalau duk dengan syabab2 sini. Hehehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s