Ceria Hidup dengan Cerianya Hubungan

Melalui hari-hari yang suram memang suatu perkara yang sukar. Apatah lagi suram itu meliputi perkara-perkara penting dalam kehidupan kita. Semua perkara tidak menjadi. Semua perkara dirasakan negatif. Semua perkara yang berlalu didepan mata bagaikan tiada tuah.

Semangat mula luntur…

Lalu jiwa jadi sempit.

Fikiran kacau.

Rasional hilang.

Emosi mula menguasai diri.

Kemudian, banyak tindakan berterusan dengan kesilapan demi kesilapan. Lantas tension berganti tension. Kesuraman hidup memang sukar.

Ramai orang pernah merasakan kesuraman hidup ini. Namun tidak ramai yang mencari puncanya. Kalaupun ada yang mencari punca, ramai yang mencari punca yang material ataupun maddi. Tidak ramai yang memikirkan kesuraman hidup adalah signal daripada Allah Taala yang meminta supaya kita tidak terlalu jauh daripada-Nya.

Perubahan hidup dari ceria kepada suram merupakan signal daripada Allah supaya kita muhasabah kembali diri yang kadang-kadang lalai dan lupa. Kita juga perlu melihat kembali prestasi ibadah kita samada dari aspek kualiti mahupun kuantiti, kerana ia adalah salah satu faktor suram atau tidak hidup kita ini.

Muhasabah perlu dilakukan sentiasa supaya kita tahu apakah tindakan sesuai yang perlu dibuat bagi menjaga keceriaan hidup kita. Hentikan sikap menyalahkan orang lain dan saling menuding jari. Kembalikan semua perkara kepada diri kita terlebih dahulu sebagai satu tanggungjawab.

Kerana CERIA HIDUP ini bergantung kepada sejauhmana cerianya hubungan kita dengan Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s