Mudahkan yang mudah

Alhamdulillah, syukur dirafa’kan kepada Allah kerana sehingga saat ini masih lagi membenarkan diri ini menghirup udaranya. Tatkala Jepun dikejutkan dengan gempa bumi yang luar biasa, ditambah pula dengan tsunami yang sedang membaham apa sahaja di hadapannya, kita masih lagi mampu tidur nyenyak dan berehat cukup. Tatkala para pejuang Libya mengerah segala tenaga, kudrat dan buah fikiran melawan diktator zalim lagi jahat Muammar Gaddafi, kita masih lagi mampu memikirkan menu yang sedap-sedap untuk dimakan malam nanti. Ketenangan dan kedamaian yang Allah kurniakan ini bukan untuk dipersia-siakan, tetapi untuk difikir-fikirkan dan seterusnya memberi kesan kepada kehidupan kita.

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk mengikuti majlis akad nikah sahabat saya yang diadakan secara tertutup. Beliau dijodohkan dengan puteri seorang insan mulia, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan dinikahkan sendiri oleh Tuan Guru. Apa yang menarik daripada majlis ini ialah Ayah Chik (panggilan biasa kepada Tuan Guru) telah berjaya memperlihatkan kepada kami tentang mudahnya Islam. Mahar yang dikenakan hanyalah sebuah mushaf. Khutbah nikahnya padat. Lafaz ijab dan qabul ringkas dan mudah. Hatta ketika ijab dan qabul, tiada musafahah (bersalaman) antaranya dan pengantin yang boleh membuatkan pengantin berpeluh-peluh melafazkan qabul.

Selepas majlis, saya merenungkan ketepatan tindakan Ayah Chik. Wajar tindakannya kerana memudahkan urusan agama ini pada tempat yang sewajarnya mudah, walaupun beliau sebelum ini dikenali dengan watak tegas. Tegasnya adalah pada perkara yang memerlukan ketegasan. Mudahnya pada tempat yang mudah.

Berlainan dengan masyarakat kita yang  menyusahkan pada perkara yang boleh dimudahkan seperti amalan Duit Hantaran yang membebankan.

Tidak kurang juga memudah-mudahkan perkara yang perlu kita tegaskan seperti solekan pengantin perempuan yang berlebihan, amalan bersanding dan juga pergaulan sebelum perkahwinan. Nak kahwin kena fikir banyak kali, tapi nak berkawan lelaki perempuan secara bebas tak perlu fikir banyak kali, malah ibu bapa akan dikira sporting kalau membenarkan anak-anak mereka bergaul bebas.

Sememangnya Islam terbina dengan perkara-perkara yang memudahkan umatnya. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W :

إن الدين يسر

“Agama itu mudah”

Bukanlah maksud saya di sini untuk memudah-mudahkan semua urusan agama. Tapi apa yang pelu bagi saya adalah kefahaman yang betul dalam melaksanakan tuntutan agama pada hidup kita. Kadang-kadang tindakan kita yang menyusahkan sesuatu perkara itu menyebabkan Islam kelihatan begitu rumit sekali dalam mengatur hidup umatnya, sedangkan ia tidak begitu. Rasulullah sendiri pernah bersabda :

بعثت بالحنيفية السمحة

Contoh yang saya bawakan di atas mungkin berkaitan dengan perkahwinan. Di sana banyak lagi contoh-contoh yang di luar topik perkahwinan. Salah satunya ialah menunaikan zakat. Kalau dilihat di kampung-kampung, proses menunaikan zakat kelihatan susah. Hulurkan zakat, kemudian bersalaman, ada lafaz macam akad nikah, dan diakhiri dengan doa. Sedangkan ia cukup dengan memberi zakat dan niat dari pemberi, tidak perlu lafaz seperti ijab qabul nikah.

Sudah menjadi keperluan kepada para pendakwah sekarang untuk memperlihatkan mudahnya Islam pada tempat yang dimudahkan. Usahlah diberat-beratkan agama ini. Rasulullah sendiri sekiranya datang 2 perkara, 1 yang mudah dan 1 lagi yang sukar, sudah pasti baginda akan memilih yang mudah.

Mudahkan yang mudah. Tapi ingat, jangan bermudah-mudah pada perkara yang perlukan ketegasan !!

6 thoughts on “Mudahkan yang mudah

  1. Salam ya akhi..
    Setuju dengan apa yang dibincangkan..jangan terlalu menyusahkan sampai agama itu kelihatan sempit..padahal Islam itu mudah dan praktikal di mana2 dan pada bila2 masa pun..

    • Disebabkan kejahilan, kita selalu mudahkan yang sepatutnya ditegaskan, dan menyusahkan perkara yang patut dimudahkan.. Allahumma ‘allimna

    • masa akad, ayah chik xpegang tangan pengantin pun. Duit hantaran, setakat ana tahu, xde. Mahar pun mushaf je. Tgok la kat Fb ana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s