Hari Ke 9861

2 hari telah berlalu tanggal 21 Mac 2011. Hari tersebut menjadi ulangtahun kelahiran saya dalam perkiraan masihi. Kalau dalam perkiraan hijri, pada 18 Jamadil Akhir. Apa yang jelas, perkiraan hijri dan masihi memberi perbezaan yang amat jauh. Mengikut perkiraan masihi, saya baru melangkau 27 tahun. Kalau mengikut perkiraan hijri pula, saya akan melangkau 28 tahun pada 18 Jamadil Akhir nanti.

‘Ala kulli hal, segala puji bagi  Allah yang masih menghidupkan saya dan memberi izin menikmati segala nikmat di atas muka bumi-Nya walaupun pada hari tersebut pelajar Malaysia di Syria diminta untuk berkurung di dalam rumah lantaran khabar angin yang bertiup kencang bahawa satu demonstrasi besar-besaran akan dibuat di Syria. Tanggal 21 Mac 2011 adalah hari yang ke 9861 saya berada di atas muka bumi ini setelah keluar dari perut ibu saya.

Banyak juga terfikir, selama hampir sepuluh ribu hari ini, apakah sumbangan besar yang mampu saya lakukan kepada agama Allah. Bagaimana peranan saya sebagai anak ? Bagaimana peranan sebagai abang? Sebagai anak murid terhadap gurunya? Sebagai khalifah di muka bumi Allah? Sambungkan sendiri senarai tanggungjawab-tangungjawab yang berada di pundak kita semasa hayat kita ini….

Rasanya terlalu banyak kurangnya dengan semua tanggungjawab tersebut. Kadang-kadang disebabkan leka, kadang-kadang disebabkan malas. Kadang-kadang lahir dari rasa tidak mahu.

Allah..

Muhasabah perlu dilakukan seiring dengan tanggungjawab yang kita ada dan umur yang semakin bertambah. Hisablah diri kita sebelum kita dihisabkan. Muhasabah ini bukan dilakukan setahun sekali sebaliknya dari masa ke masa supaya kita tahu di mana kesilapan dan kelemahan kita.

Apapun, di kesempatan ini saya tujukan terima kasih saya kepada semua sahabat yang memberikan ucapan hari lahir dalam pelbagai bentuk. Ada yang memberikan dalam bentuk gembira dan ada yang memberikannya dalam bentuk harapan dan peringatan mati. Terima kasih kesemuanya.

Untuk peringatan bersama, janganlah kita merasakan umur kita makin bertambah dan makin mendekati mati hanya ketika kita menyambut ulangtahun kelahiran. Ini kerana setiap saat dan hari, umur kita merangkak menghampiri mati. Tiada bekalan yang lebih baik ketika mengahadapi mati melainkan taqwa. Persiapkanlah diri kita dengan amalan-amalan yang boleh membentuk taqwa kita.

Sebaik-baik bekalan adalah taqwa !!         [Klik di sini]

2 thoughts on “Hari Ke 9861

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s