Membuang Sesawang

Bismillahir rahmanir rahim

Sudah lama tidak mencoretkan apa-apa di blog ni. Dah bersawang blog ni rasanya. Tuntutan imtihan memaksa saya untuk tidak menulis di blog mahupun meng“copy-paste” apa-apa artikel menarik yang boleh diambil dari perpustakaan maya. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku di Syria sejak 2 bulan kebelakangan ini, namun sukar juga untuk menterjemahkannya dalam bentuk artikel yang mudah dibaca buat tatapan umum.

Apapun, saya mulakan usaha membuang sesawang di blog ini dengan mengucapkan jutaan tahniah kepada saff kepimpinan baru Pas Pusat dan semua sayap Pas bagi sesi 2011-2013. Kepimpinan baru ini kelihatan segar untuk menggalas tugas dimensi baru bagi Pas menjelang PRU 13 khususnya. Mereka kelihatan lebih bersedia dalam menyambung gelombang yang telah dicetuskan oleh kepimpinan sebelum ini.

Sememangnya pihak lawan akan memainkan isu lama ulama-profesional pasca Muktamar 57 ini. Bagi saya, isu itu akan memakan diri kerana semua orang dalam Pas tahu apa makna sebenar kepimpinan ulama.

Namun, satu pengajaran yang boleh  diambil dari pemilihan Pas kali ini ialah perwakilan mahukan pemimpin yang mempunyai nilai kompetensi yang tinggi dalam melayarkan bahtera parti. Kalau dalam perbahasan agama, ia disebut dengan nilai Quwwah. Mereka mahukan pemimpin yang cergas, mampu memberi inspirasi, lasak dan segala nilai extrovert yang lain, tidak kira sama ada dari kalangan ulama mahupun profesional.

Harapannya perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas akan tetap terus subur dan bebas dari penyakit wahan. Siiru ‘ala barakatillah.

3 thoughts on “Membuang Sesawang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s