Meriah Ramadhan

Ramadhan datang lagi. Buat sekalian kalinya dia datang lagi, dan buat sekalian kalinya juga kita berjumpa dengannya. Ramadhan di kota Syam bagi saya amat berbeza di Malaysia. Bagi saya ia jauh lebih baik  daripada di Malaysia. Tidak dinafikan, di sini pun ada ‘syaitan-syaitan’ yang masih berkeliaran di bulan mulia ini, tetapi bagi saya suasana di sini sangat menggalakkan dan membina diri kita untuk menghayati Ramadhan.

Meriahnya Ramadhan di sini lebih meriah daripada Aidilfitri. Kedatangannya sangat dialu-alukan dengan wajah kegembiraan. Kadang-kadang, rumah-rumah sudah dihiaskan dengan lampu-lampu untuk sama-sama memeriahkan Ramadhan. Pihak masjid pula dari masa ke masa sentiasa menyediakan suasana yang selesa untuk beriktikaf.

Meriahnya Ramadhan di sini dengan masjid menjadi tempat berkumpul orang Islam. Ia dapat dirasai lagi apabila solat Subuh, Asar dan terawih dan lebih-lebih dirasai apabila 10 malam terkahir Ramadhan. Mereka bersungguh-sungguhuntuk mendapatkan Lailatul Qadar. Berbeza dengan Malaysia, solat Subuh masih lagi sunyi walapun pada bulan Ramadhan dengan tidak dinafikan mungkin bilangannya bertambah sedikit daripada hari biasa. Berbeza juga dengan keadaan solat terawih, bilangan di Malaysia akan berkurangan pada separuh kedua bulan Ramadhan. Kesungguhan mendari Lailatul Qadar sangat rendah kerana lebih bersungguh untuk “Lailatul KAMDAR”.

Meriahnya juga Ramadhan di sini apabila budaya sedekah dan infak semakin rancak di bulan mulia ini. Boleh dikatakan semua orang yang susah sudah pasti akan dapat merasai kerancakan sedekah apabila menerima infak daripada mereka yang mampu setiap hari. Sehinggakan ada yang dapat menggunakan hasil sumbangan infak tersebut untuk 2-3 bulan berikutnya.

Meriahnya juga Ramadhan di sini apabila mereka berebut-rebut untuk melakukan kebaikan. Menyediakan makanan untuk orang berbuka, berebut saff pertama untuk solat, membudayakan bacaan al-Quran, berzikir walau di mana sahaja dan lain-lain yang memang kelihatan jelas pada bulan mulia ini. Saya tidak pasti, di kawasan manakah di Malaysia yang mempunyai suasana seperti ini. Mungkin kalau yang lebihnya kita ialah pesta makanan dan juga Bazaar Ramadhan. Ketahuilah sahabat-sahabat semua, Ramadhan tidak meriah dengan itu !!

Matlamat puasa di bulan Ramadhan adalah taqwa. Jadi meriahkanlah Ramadhan dengan amalan-amalan yang menjuruskan kepada taqwa, bukan dengan perkara-perkara yang memesongkan kita daripada matlamat asalnya. Saya berdoa kepaa Allah supaya menganugerahkan Malaysia suasana Ramadhan yang meriah dengan ertikata sebenar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s