Makluman Pendaftaran ke Mujamma’ Fatah Islami, Syria Sesi 2011/2012

MAAHAD AS-SYAM AL-A’LI

[Untuk pengajian Ilmu Syariah, Bahasa Arab & Kajian Islam]

Cawangan Mujamma’ Fatah Islami

Dengan izin Allah Taala

Dimaklumkan bahawa tarikh permulaan pendaftaran bagi sesi pengajian 2011/2012 akan bermula dari hari Ahad 4/9/2011 bagi lepasan Maahad Syari’e dan pemegang Sijil Menengah (Thanawi) Syariah mahupun sijil Menengah Umum. Pendaftaran dibuka untuk memasuki cabang-cabang Kuliyyah Ilmiah mahupun Sastera di kuliyyah-kuliyyah berikut :

PERTAMA : KULIYYAH SYARIAH & QANUN

  • Jabatan Syariah Islamiah (Terbuka untuk lelaki & perempuan)
  • Jabatan Syariah & Qanun (Terbuka untuk lelaki & perempuan)
  • Jabatan Ekonomi, Pentadbiran Kewangan dan Perbankan Islam (Terbuka untuk lelaki & perempuan)

KEDUA  : KULIYYAH USULUDIN DAN FALSAFAH

  • Jabatan Usuludin & Falsafah (Terbuka untuk lelaki & perempuan)

Pada tahun ketiga pengajian, pelajar jabatan ini akan diberi pilihan untuk masuk ke syukbah Tafsir atau Hadis atau Falsafah.

  • Jabatan Qiraat & Ulum Quran (Terbuka untuk lelaki & perempuan)

KETIGA : KULIYYAH DIRASAT ISLAMIAH & ARABIAH

  • Jabatan Dirasat Islamiah & Arabiah (Terbuka untuk lelaki sahaja)
  • Jabatan Dirasat Islamiah & Dakwah (Terbuka untuk lelaki sahaja)
  • Jabatan Pendidikan, Dirasat Islamiah & Bahasa Arab (Terbuka untuk lelaki & perempuan)

KEEMPAT  : KULIYYAH BAHASA ARAB

  • Jabatan Bahasa Arab (Terbuka untuk lelaki & perempuan)
  • Jabatan Sejarah & Tamadun (Terbuka untuk lelaki sahaja)
  • Jabatan Media & Kewartawanan (Terbuka untuk lelaki & perempuan)

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN

  1. Salinan Sijil Menengah (Thanawi) atau yang setaraf dengannya ATAU salinan surat akuan daripada Maahad Syarie yang telah disahkan terlebih dahulu oleh Kementerian Auqaf bagi sesiapa yang tamat belajar di Maahad Syarie peringkat pra universiti.
  2. Kad pengenalan / passport
  3. Sekeping gambar berukuran passport yang baru (yang serupa dengan keadaan sebenar pemohon)
  4. Borang pendaftaran yang telah diisi beserta dengan tandatangan.

PERHATIAN

  • Sijil yang akan dikeluarkan oleh pihak Mujamma’ adalah setaraf dengan sijil yang dikeluarkan oleh universiti-universiti kerajaan khususnya di Republik Arab Syria.
  • Pelajar akan diberikan surat pengesahan bagi menangguhkan program wajib kepada Jabatan Ketenteraan (rakyat Syria sahaja)
  • Pelajar (bukan rakyat Syria) akan diberikan Visa Pelajar daripada Jabatan Imigresen Syria.
  • Pemohon yang memegang Sijil Menengah aliran perniagaan diterima untuk memohon di Jabatan Ekonomi, Pentadbiran Kewangan dan Perbankan Islam.

UNTUK PERTANYAAN

Bagi pemohon lelaki, boleh merujuk ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar di pusat pentadbiran Mujamma’ Fatah Islami (Jamik Bilal, Sinaah) setiap hari dari pukul 2.00 petang hingga 7.00 petang selain Jumaat dan Sabtu.

Bagi pemohon perempuan, boleh merujuk ke Bahagian Perempuan Tingkat BAwah Jamik Abu Ayyub al-Ansori, belakang Perhentian Bas Dar’aa, Zahirah Qadimah setiap hari dari pukul 2.00 petang hingga 7.00 petang selain Jumaat dan Sabtu.

P/s : Ini adalah maklumat untuk bahagian Undergraduate / Sarjana Muda. Untuk peringkat maahad dan Dirasat Ulya, kemungkinan akan ada makluman dalam masa terdekat. Minta kepada semua sahabt mendoakan keselamatan kami di bumi Syam.

2 thoughts on “Makluman Pendaftaran ke Mujamma’ Fatah Islami, Syria Sesi 2011/2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s