Syam yang bakal diingati

INI ADALAH CATATAN SAYA KETIKA MUSAFIR TEMPOH HARI. SEMPAT MENCATAT SEMENTARA MENUNGGU BOARDING FLIGHT KE KUALA LUMPUR DALAM KEADAAN LETIH DAN MENGANTUK.

———————————————————————-

Sekiranya ada hari paling sugul dan dan muram dalam hidup di bumi Syam, kemungkinan ia adalah hari ini. Hari yang mana saya terpaksa meninggalkan bumi Syam dan tidak tahu bila akan kembali. Segala suka dan duka semasa menuntut ilmu di bumi khilafah Umayyah ini terpaksa ditinggalkan demi menempuh cabaran baru dalam hidup.

Manusia dijadikan dengan putaran hidup yang pelbagai supaya mereka sentiasa berkembang dan maju dalam ruang hidup masing-masing. Apabila dilahirkan, dia belajar untuk meniarap. Lepas meniarap, dia belajar pula untuk merangkak. Sesudah itu, dia cuba untuk berjalan dan seterusnya untuk berlari. Tidak kurang juga apabila dia sudah besar, dia mula belajar satu persatu pengalaman hidup. Habis tadika, dia ke sekolah rendah. Setelah itu ke sekolah menengah dan universiti. Setelah itu, berkahwin dan seterusnya mendapat anak. Cabaran-cabaran tersebut tidak akan sama dan sentiasa berlainan. Jika hanya cabaran sama, manusia akan lemah dan tidak berdaya. Walau setinggi mana dia teruja dengan sesuatu perkara, akan tiba satu masa, dia akan bosan dengan perkara itu.

Oleh kerana itu, walau sesayang manapun saya kepada bumi Syam dan juga masyarakatnya, saya kena meninggalkannya kerana tempoh saya berada di situ sudah boleh dikira lama. Cabaran baru harus dicari.

Walau bagaimanapun, saya tidak akan melupai bagaimana saya boleh menjejak kaki ke bumi ini dan berada dalam tempoh yang agak panjang. Saya bukanlah orang yang dapat mengaut hasil yang baik di bumi bertuah ini walaupun dapat mendiaminya dengan penuh kebahagiaan. Tapi saya berbangga menjadi sebahagian daripada mereka yang bersusah datang ke sini untuk belajar dan bersabar dengan karenah kerajaan sosialis diktator di sini. Sejak saya tiba di sini hampir 5 tahun lepas, setiap tahun sudah pasti ada isu yang menekan pelajar Syariah di Syria. Namun, sahabat-sahabat di sini tetap tabah dan meneruskan pengajian masing-masing sehinggalah isu terbesar dalam sejarah pelajar Malaysia di Syria berlaku tahun ini.

Syeikh-syeikh di Syam juga tetap dengan kesungguhan mereka membentuk generasi Syam yang baru dengan Islam sebagai teras. Sungguhpun saya melihat jelas perbezaan muda-mudi Syria sekrang dengan 5 tahun lepas, saya juga melihat betapa bersungguhnya golongan agama mempertahankan syiar Islam di Syria walaupun ruang yang diberi terlalu kecil.

Saya tidak pasti apa yang akan dilalui oleh sahabat-sahabat yang masih kekal di Syria. Tetapi saya mendoakan mereka diberi kekuatan untuk terus kekal bersemangat menuntut ilmu. Jangan bila dah nak balik, baru nak kejar semua perkara.

Masyarakatnya yang mesra, syeikh-syeikhnya yang bersungguh, budaya ilmu dan talaqqinya yang hidup, yuran pengajiannya yang murah, tambang servis yang murah dan kawan-kawan yang baik sudah pasti akan membuatkan saya tidak akan lupa kenangan dan Syam itu dari memori saya.

Dah tak tahu nak cakap apa. Segala emosi bercampur baur. Yang pastinya, saya sayang bumi berkah ini walaupun apa yang berlaku di dalamnya.

Dubai International Airport

5 Oktober 2011, 3.06 pagi

One thought on “Syam yang bakal diingati

  1. Assalamualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh.

    Izinkan saya untuk bertanyakan beberapa perkara mengenai Bumi Sham terutamanya mengenai kehidupan dan syarat2 untuk menicari Ilmu Islam di sana. Diharapkan Saudara sudi untuk menyalurkan maklumat berkenaan nya kpd saya. Saya, Ibrahim Bin Mahmood, berusia 50 tahun, berasal dari Pantai Timur Semananjung dan kini menetap di Selangor.

    Secara ringkas nya, saya bercadang utk mencari keredaan Allah SWT dengan cara mempelajari dan mendalami Ilmu Ai Quraan selagi mana yang terkejar dengan sisa umur saya yang sudahpun singkat ini. Saya tidak lagi bekerja, jadi tiada kekangan dari segi waktu. Perancangan saya juga untuk membawa bersama dua orang anak terakhir saya, seorang lelaki dan seorang perempuan beserta isteri saya yg tak bekerja utk berhijrah bersama .

    Anak perempuan saya, Tahun 2013, menduduki peperiksaan SPM, dan anak lelaki saya akan berada di Tingkatan 1, pada tahun 2013. Cadangan saya, anak perempuan akan menyambung pelajaran disana dalam bidang Pharmacy, manakala anak lelaki menyambung di Maahad dan seterusnya pengajian Islam dan saya mem,pelajari Ilmu Alquraan melalui kelas pengajian mahupun secaca Bertalaqi.

    Memandangkan kesemua kami hanya memahami bahasa Arab hanya denagn perkataan, ana, enta dan enti SAHAJA, jadi terpaksalah kami belajar Lughahtul Arabiah dahulu. Saya bercadang untuk belajar Lughah Arab di sana.

    Persoalannya:

    1. Bolehkah saya mendapat Visa untuk belajar Bahasa Arab di sana memandangkan saya tidak mempunyai sijil sekolah Agama di Malaysia. Saya juga tidak mempunyai apa2 kecuali SPM pangkat 3, tahun 1979.

    2. Bolehkan anak lelaki saya mendapat visa untuk memasuki Maahad disana memandangkan dia bukan dari sekolah Agama.

    3. Apakah ada Visa untuk tinggal disana dikeluarkan kepada isteri yang mengikuti suami belajar mahupun menemani anak-anak belajar .

    4. Apakah Kerajaan Malaysia mengiktiraf Ijazah Pharmacy dari University Syria.

    Saya bercadang untuk ‘belajar setempat’ antara saya dan anak2, samaada di Damascus ataupun Aleppo. ini membolehkan kami tinggal secara bekeluarga yang membolehkan kami berkongsi tempat tinggal, makanan dan segalanya disamping dapat menjaga anak2.

    Untuk itu:

    1. Berapakah anggaran sewa rumah utk 2-3 bilik.
    2. Anggaran kos sara hidup
    3. Anggaran kos pengangkutan.
    4. Anggaran kos kesihatan, misalnya bayaran rawatan di klinik dan Hospital sekiranya melibatkan kes ‘Hospitalised”.\’

    Cadangan saya adalah, saya terlebih dulu kesana,samaada hujung tahun ini 2012, atau awal tahun hadapan bagi membolehkan saya berbahasa Arab sebelum keluarga saya kesana selepas anak perempuan saya mendapat keputusan SPM pada awal 2014. Apapun masa untuk kesana adalah selepas suasana disana menjadi aman semula.

    Memandangkan cadangan pembelajaran kami ini dibawah tanggungan keswangan sendiri yang sudah tentu kemampuan budget yang kecil, saya terpaksa merancang awal.

    Saya harap Saudara dapat membantu saya dalam pencarian informasi berkenaan, dan ucapkan Terima Kasih banyak2 diatas kebaikan saudara.

    Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s