[SYRIA] – Perkembangan 11 Disember 12

1)   Tanpa mempedulikan kecaman antarabangsa, rejim Syria semakin gila bila sudah mula menggugurkan bom-bom fosforus putih yang terlarang ke atas kota-kota di seluruh Syria…

Kesan dari pengeboman bom-bom berkenaan amatlah memeranjatkan, di mana kesannya AMAT buruk pada manusia dan alam sekitar..

Walau baunya seakan-akan bau bawang putih namun ia sangat menyakitkan sehingga boleh memanaskan air dan amat menyeksakan jika terkena pada mata atau kulit kita…

Kuasa-kuasa dunia hanya akan bertindak jika yang diserang ini ialah rakyat negara-negara barat, yahudi israel dsb. Namun sebaliknya hanya akan terus mendiamkan diri atau sekadar ‘menasihati’ tanpa apa-apa tindakan jika ia berlaku ke atas umat Islam seperti yang sedang berlaku sekarang di Syria!

Salah satu klip serangan bom berkenaan : http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=MapPaa6j4Uc#!

2)   Sementara itu tentera FSA semakin mara dan berjaya menguasai beberapa lagi daerah penting di sekitar pinggir ibukota Damsyik sejak mereka meningkatkan serangan ke atas pusat-pusat tentera rejim di sekitar Damsyik beberapa hari lepas.

Lakaran peta :

Warna hijau : Kawasan yang dikuasai mujahidin.
Warna merah : Kawasan yang dikuasai rejim.
Bulatan hitam : Istana Basyar…

syria

3)   Kesatuan Ulama Islam Sedunia melalui Setiausahanya, Syaikh Qurrah Daghi menggesa umat Islam menjadikan Jumaat 14 Disember ini sebagai “Hari Menyokong Perjuangan Umat Islam Syria Sedunia”…

Beliau menyebut betapa perlunya diadakan demonstrasi aman untuk menyokong perjuangan rakyat Syria dan meminta setiap khutbah supaya menyebut tentang keperitan perjuangan rakyat Syria sejak 22 bulan ini…

Iaitu setelah berpuluh-puluh tahun mereka ditindas dan dizalimi di bawah pemerintahan regim boneka dan penjaga sempadan Israel, sehinggalah bila berlakunya tragedi Dar’aa, Syria pada Januari 2011 yang akhirnya mendorong mereka semua bangkit seperti sekarang.

Kini hampir masuk 2 tahun perjuangan mereka untuk menjatuhkan pemimpim despotik Basyar Asad. Benarlah, pemuda Sham adalah pemuda yang istiqamah dan thabat. Ya, mereka terus istiqamah biarpun dunia menyepi membiarkan mereka terus dibantai oleh kuasa-kuasa besar dunia Rusia, China,Iran dan sekutu-sekutunya yang lain…

s.ali sobuni

Sumber : http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3368#175260

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s