Detail scan area Bangi

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Terlalu banyak nikmat yang diberi sehingga tak terhitung. Selepas berkahwin 2 tahun lalu, Allah uji saya dan isteri. Kehadiran cahaya mata yang sentiasa ditagih dan dinanti, tidak kunjung tiba. Apakan daya, semuanya kuasa Allah. Sebelum kahwin, biasa juga mendengar orang yang diuji begini. Selepas kahwin, barulah tahu betapa beratnya ujian lambat mendapat zuriat ini. Bulan demi bulan bersabar, akhirnya menjadi tahun. Kami redha. Akan tetapi bila ada soalan-soalan dari orang sekeliling “Bila nak dapat anak?”, sabar dan redha kami terkadang goyah. Kalau tak sabar, saya akan bagi jawapan “esok”. Hehehe…

Namun, alhamdulillah berkat doa ibubapa, adik beradik, sanak saudara dan kawan-kawan, akhirnya yang dinanti tiba jua. Februari 2014 kami mendapat berita gembira kehadiran warga baru keluarga kami dalam rahim isteri saya. Syukur tak terkira. Maha suci Allah yang mengetahui masa yang sesuai untuk memberikan rezeki itu kepada kami.

Selang 2 bulan selepas itu, isteri saya terkena demam campak a.k.a chickenpox. Saya yang tak tahu apa-apa ni tak berasa bimbang. Bila berjumpa doktor di klinik, isteri tanya “Demam campak ni effect kat kandungan tak?” Doktor kata dia tak pasti. Dia minta kami rujuk doktor pakar. So doktor tu buat surat ke Hospital An-Nur untuk kami refer ke sana. Tak lama selepas tu, kami ke An-Nur untuk pemeriksaan lanjut. Menunggu memang lama sikit lah kat An-Nur ni. Orang ramai pakat berebut nak jumpa doktor pakar lah katakan.. Doktor kat situ bagitahu ada kemungkinan effect kat baby. Tapi buat masa ni tak boleh tengok lagi sebab baby masih kecil lagi. Tak nampak sebarang kecacatan masa scan. Kena tunggu baby besar sikit. Masa bayar kat kaunter tu, terkejut lah juga. Kena RM 200++. Huh!

So bila buat survey, masa yang paling baik untuk buat detail scan baby adalah dalam tempoh minggu 24-28. Kalau lepas minggu 28, baby dah besar, kalau scan pun, payah nak nampak. So kami tunggu lah untuk buat pada masa yang sesuai. Hospital pun tak terima kalau kandungan lebih 28 minggu.

Kat Bangi ni ada beberapa tempat yang buat detail scan. Hospital An-Nur, Hospital Az-Zahrah, Klinik Salam Seksyen 7 dan Klinik Najwa Seksyen 3. Ni yang setakat saya tahu. Mungkin ada lagi tempat lain. Wallahua’lam. Kebanyakan tempat ni, bukan doktor kat tempat tu yang buat. Tapi orang luar yang ada lesen buat detail scan akan pergi ke tempat-tempat tu dan buat detail scan.

Mengenai bayaran pula, kalau kat An-Nur konfem RM 200++. Kalau kat Az-Zahrah RM210 untuk pakej detail scan 2D + scan 4D, CD akan diberi sekali. Klinik Salam saya tak ingat cas bayarannya. Klinik Najwa pula RM 160 untuk   untuk pakej detail scan 2D + scan 4D. Asalnya kami buat appoinment untuk buat detail scan kat Az-Zahrah setelah survey kawan-kawan yang ada pengalaman. Katanya servis bagus. Appoinment tu dibuat pada tarikh baby dalam usia 28 minggu. Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum appoinment, Az-Zahrah call bagitahu appoinment batal. Mulalah kami pening kepala sebab Az-Zahrah hanya buat detail scan seminggu sekali pada petang Selasa. Kalau kami tak buat minggu tu, dah tak boleh buat minggu seterusnya sebab baby dah 29 minggu.

Try call An-Nur. An-Nur buat detail scan hampir setiap hari. Tapi waktu petang sahaja. Call An-Nur, depa kata dah penuh. Akhirnya saya pergi lah ke klinik Najwa Seksyen 3. Alhamdulillah, Allah mudahkan. Pergi hari Rabu, buat appoinment detail scan hari Sabtu. Siap bagitahu pukul berapa lagi. Memang mudah. Klinik Najwa buat detail scan hari Sabtu. Tapi bukan setiap minggu, ia bergantung kepada jadual semasa. Lepas confirmkan yang buat scan tu adalah perempuan, saya terus setuju appoinment pukul 10 hari sabtu.

Tiba harinya, sekali lagi ucap syukur. Sebab yang buat scan tu adalah muslimah. Lagi rasa tenang. Isteri pun suka. Dah selesai, bayar RM160, siap dapat CD video + gambar2 scan. Murah kan? Lepas tu, orang klinik tu tanya nak print tak gambar tu, dia bagitahu sekeping RM 12 (yg ni mahal sikit). Dia bagitahu kebetulan ada gambar cantik. Aku setuju je lah. Tambah lagi RM 12. Kesemuanya RM 172. Masa sampai kat rumah, baru terfikir ada hikmah juga appoinment kat Az-Zahrah batal. Dapat jumpa tempat yang murah dan puas hati.

One thought on “Detail scan area Bangi

  1. terima kasih banyak atas testimonial ye , boleh refer http://www.3d-4d-scan-malaysia.com atau http://www.bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia untuk latest package ye … kalau tidak jumpa muka baby FREE , jantina tak nampak free untuk 22minggu keatas , REFUND kalau jantina salah .. guarantee services ye … 2d detail scan , 5d scan>> HDlive juga available di ampang , boleh refer kat facebook untuk latest update sonographer bertugas termasuk miss jezzlyn, miss celynn, miss shanice , miss ada , miss irene di facebook >> https://goo.gl/53vyFG … cuba klik link ni ye.. sebarang masalah semasa booking online sila sms 0176202933/0164383366 (SMS sahaja) , book sahaja bayar semua lepas scan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s