KEHARUSAN TAADUD : HURAIAN MENYELURUH DARI PENULISAN SYEIKH YUSUF AL QARADHAWI

1. Huraian sesetengah pihak berkaitan tulisan Syeikh Yusuf al Qaradhawi di dalam kitab “Min Fiqh Al-dawlah Fi Al Islam” berkenaan soal berbilang-bilang parti politik dilihat tidak menyeluruh dalam satu topik yang ditulis oleh Syeikh yang hanya memetik beberapa klausa sahaja lantas membuat huraian yang tersendiri.

2. Syeikh dalam tulisannya yang dipetik tersebut berbahas mengenai topik isu-isu dalam negara Islam yang membabitkan soal demokrasi, taadud (berbilang-bilang) dan keterlibatan wanita di arena politik serta pilihanraya. Dalam konteks ini satu bab ini perlu difahami dengan jelas dan menyeluruh.

3. Syeikh bersetuju dalam perkara demokrasi yang tidak bercanggah dengan nilai Islam diantaranya melibatkan soal majoriti dan keterbukaan. Sehubungan itu, kepelbagaian parti politik adalah salah satu tanda demokrasi. Maka mana mungkin diistilahkan demokrasi jika tiada kepelbagaian parti politik kerana sistem demokrasi adalah undian melalui suara majoriti maka sudah pasti wujudnya banyak pihak sekurang-kurang dua.

4. Dalam masa yang sama, syeikh juga ada menghuraikan selepas mengharuskan kepelbagaian atau berbilang-bilang parti serta jemaah adalah merujuk kepada taadud ta’awun atau takhassus (saling membantu) bukannya taadud yang tudhadh (berlawanan).

على أن يكون هذا التعدد تعدد تنوع وتخصص، لا تعدد تعارض وتناقض، وأن يقف الجميع صفا واحدا في كل القضايا المصيرية التي تتعلق بالوجود الإسلامى، وبالعقيدة الإسلامية، وبالشريعة الإسلامية، وبالأمة الإسلامية.

“Justeru yang (harusnya) berlaku berbilang-bilang ini adalah yang saling membantu dan bukan yang bersifat berlawan dan bertembung dan hendaklah semua pihak bersatu di dalam barisan yang satu di dalam (menghadapi) isu-isu yang berkaitan dengan akidah, syariah dan umat Islam.”

Di dalam perenggan yang lain syeikh menyatakan:

ومثل هذا التعدد أو الاختلاف – اختلاف التنوع – لا يؤدي إلى تفرق ولا عداوة، ولا يلبس الأمة شيعا، ويذيق بعضها بأس بعض بل هو تعدد واختلاف في ظل الأمة الواحدة، ذات العقيدة الواشجة. فلا خوف منه، ولا خطر فيه، بل هو ظاهرة صحية.

“Dan perlaksanaan berbilang-bilang (parti atau jemaah) – yang bersifat membantu – hendaklah tidak membawa kepada perpecahan dan permusuhan sehingga menjadikan umat berpuak-puak, bahkan hendaklah kepelbagaian itu di dalam naungan umat yang bersatu yang mempunyai akidah yang mantap. (Sekiranya ini berlaku – kepelbagaian yang bersifat tanawwu’ – maka ianya bukanlah perkara yang perlu ditakuti dan ianya tidak membahayakan bahkan merupkan suatu perkara yang sihat.”

Justeru kepelbagaian yang diharuskan oleh syeikh tidak bersifat mutlak bahkan ia bersifat muqayyad (terikat) kepada jenis taadud. Maka mengumumkan sesuatu yang terikat adalah tidak tepat kerana ia mengubah maksud sebenar yang disampaikan oleh Syeikh.

5. Sehubungan itu, tidak wajar dengan beberapa klausa dalam satu bab dipetik tanpa dikaitkan dengan huraian lengkap yang saling berkait antara sebelum dan selepasnya. Ini akan menimbulkan kekeliruan dengan maksud sebenar.

6. Realiti yang berlaku, wujudnya GHB adalah taadud yang tudhah (membawa pertembungan) kerana beberapa perkara :

i) GHB diwujudkan oleh mereka yang kecewa kerana kalah di dalam muktamar PAS ke 61 yang lepas.

ii) Menarik ahli PAS untuk sertai mereka.

iii) Kesediaan mereka untuk bertanding dengan PAS dalam medan pilihanraya sedangkan yang menjadi tumpuan untuk dikalahkan adalah UMNO/BN.

Maka jelas ia tidak bersifat membantu bahkan bersaing dan bertentangan.

7. Selain itu, sangkaan baik yang dilontarkan dalam hal kerjasama antara PAS dan GHB dalam fokus gerak kerja di Pantai Timur dan Barat serta non-muslim antara bangsa India dan Cina menunjukkan pandangan sempit mereka terhadap gerak kerja PAS yang telah dan sedang dilakukan.

8. PAS tidak hanya fokus di Pantai Timur bahkan PAS aktif di seluruh Malaysia sama ada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak. Hanya soal enakmen jenayah syariah ditekankan di Kelantan kerana :

i. PAS telah memerintahkan Kelantan lebih 20 tahun.

ii. enakman jenayah syariah telah pun digerakkan di Kelantan dalam konteks KJS sejak 1993.

9. PAS juga tidak hanya fokus kepada bangsa India. Mungkin pihak terbabit hanya melihat kepada ketua DHPP dari bangsa India maka menjadikan beliau beranggapan PAS hanya fokus kepada bangsa India tetapi tidak Cina sedangkan kita tahu PAS di Kelantan sudah mendekati masyarakat Tiong Hua dan penganut agama Buddha semenjak almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi MB Kelantan.

10. Akhirnya, apa sahaja yang membawa kepada perpecahan maka ia adalah tercela dan dilarang. Kembali kepada asas Islam iaitu kesatuan dengan tali (agama) Allah.

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.”

Apa yang diharuskan oleh syeikh adalah apabila asas ini tidak dilanggar. Sebab itu taadud (kepelbagaian) adalah bersyarat iaitu mesti ta’awun (saling membantu) atau takhassus (fokus kepada gerak kerja).

Ustaz Haji Khirul Muntanazar Bin Ismail.
Pengerusi Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis (LPUP),
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP).

Khamis | 7 Syawal 1436H | 23 Julai 2015

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s