Layaran Bahtera #1

Dalam kitab al-Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim al-Fathoni ada menyebut bahawa isteri perlu mengambil berat tentang beberapa perkara supaya tidak terjerumus kepadanya kerana ianya satu dosa dan penyebab kederhakaan kepada suami.

1. Menegah suaminya daripada berseronok-seronok dengannya. Samada persetubuhan atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.

2. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika itu suami ada atau tiada. Termasuklah jika dia keluar ke majlis zikir atau majlis ilmu yang bukan fardhu ain.
Sekiranya dia keluar untuk belajar fardhu ain, maka suami tiada hak untuk menegahnya.

3. Mengunci pintu ketika suaminya hendak masuk kepadanya.

4. Meminta talak atau cerai.

5. Bermasam muka dengan suami.

Sekiranya para isteri melakukan perkara-perkara di atas dan juga apa juga bentuk kederhakaan, maka gugurlah kewajipan suami untuk memberi nafkah kepada isteri sehinggalah isteri tersebut kembali kepada ketaatan.

Wallahua’lam.

#layaranbahtera

Advertisements