CATATAN KONGRES RAKYAT #2

ym raja idris

Antara isu yang menarik perhatian pembahas, perwakilan dan pemerhati dalam Kongres Rakyat pada kali ini adalah isu ekonomi.

Pembahas isu ekonomi YM Raja Idris telah mengupas sebab kelembapan ekonomi dan telah memberi cadangan mengatasinya. Saya fikir antara pembahas yang paling structured point perbahasannya adalah YM Raja Idris.

Dalam perbahasannya, YM telah mengimbau semula sejarah ekonomi Malaysia. Selepas peristiwa berdarah 1969, satu kongres yang dinamakan Kongres Bumiputra telah diadakan. Dari kongres tersebut, kerajaan telah menyusun semula dasar ekonomi yang dinamakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Matlamat utama DEB adalah untuk menyusun semula masyarakat di mana peluang pekerjaan, perniagaan, pendidikan dan sebagainya mestilah diperuntukkan minima 30% kepada bumiputra. Tetapi malangnya, selepas 20 tahun pelaksanaannya dikira gagal.

Kata YM lagi, penyusunan asal DEB yang hanya dipecahkan kepada 2 iaitu Bumiputra dan bukan bumiptra telah menjadi 4 bahagian semasa pelaksanaan DEB.  4 golongan itu ialah bumiputra,bukan bumiputra, ali baba dan UMNOputra.

Setelah kegagalan DEB, pada tahun 1990 kerajaan memperkenalkan Wawasan 2020 yang akan memakan masa 30 tahun. Target akhirnnya ialah menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Antara konsep utama Wawasan 2020 ialah penswastaan (privatization). Aset dan agensi kerajaan telah diswastakan. Maksud diswastakan ialah harta-harta tersebut telah dijual dan menjadi syarikat swasta. Antaranya ialah Lembaga Letrik Negara telah menjadi Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Telekom Malaysia telah menjadi TM Berhad dan Jabatan Bekalan Air Selangor telah menjadi SYABAS. Apa yang menarik, dalam perjanjian penswastaan tersebut, pihak swasta meminta keuntungan mereka dijamin oleh kerajaan. Sekiranya tiada keuntungan, kerajaan diminta untuk menampungnya. Malah kenaikan harga dijamin kerajaan.  Contohnya SYABAS dibenarkan menaikkan harga air setiap 3 tahun.  Sekiranya syarikat tersebut rugi, syarikat-syarikat tersebut akan dibeli semula oleh kerajaan contohnya MAS.

Setelah 25 tahun berlalu, Wawasan 2020 dilihat tidak akan berjaya.  Malah diakui oleh pengasasnya sendiri Tun Dr Mahathir. Konsep utamanya privatization telah menjadi piratization !

Melihat kegagalan ini, YM mencadangkan kerajaan perlu mengembalikan harta-harta
tersebut kepada rakyat atau secara mudahnya disebut merakyatkan ekonomi negara. Selangor telah memulakannya.

Antara langkah lain yang perlu dilakukan kerajaan ialah :
1) Syarikat-syarikat kerajaan tidak seharusnya bersaing dengan usahawan dari kalangan rakyat.
2) Kerajaan atau agensinya perlu memberi bantuan pembangunan usahawan.
3) Latihan, bantuan kewangan, dan peluang perniagaan mestilah diberi kepada rakyat.
4) Harta rakyat seperti Petronas mestilah dijaga
5) Keperluan asas seperti pendidikan, kesihatan, air, api dan sebagainya tidak lagi diswastakan
6) Galakan untuk industri luar bandar dan industri asas tani

#kongresrakyat2015

Advertisements

CATATAN KONGRES RAKYAT #1

Beberapa orang sahabat tag saya dalam gambar Kongres Rakyat semalam. Kebetulan saya duduk di belakang Ayah chik di atas pentas semasa majlis perasmian Kongres Rakyat. Ramai sahabat-sahabat yang perasan. Walaupun sebenarnya masa itu saya resah memikirkan kawan-kawan yang belum dapat masuk ke dalam dewan walaupun dah daftar dan bayar. Sebab tag mereka ada dengan saya. Hehehe..

Saya terlibat dengan Kongres Rakyat sejak mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk. Asalnya saya mewakili sahabat yang tidak dapat hadir ke mesyuarat tersebut atas nama NGO Ilmuwan. Tetapi oleh kerana komitmen meyuarat berikutnya melibatkan waktu kerja, maka saya galas tugas tersebut hingga ke hari kongres.

Saya bukanlah orang hebat. Tetapi antara yang mengujakan saya untuk terus memberikan komitmen dalam jawatankuasa induk tersebut adalah peluang untuk mengaut pengalaman bersama otai-otai yang berada dalam jawatankuasa tersebut. Pengerusi Kongres Rakyat, Cikgu Azmi daripada MAPIM memang karismatik. Dalam tempoh mesyuarat memang tersangat jelas menampakkan beliau seorang yang sarat dengan pengalaman, banyak link dengan pihak lain dan kaya dengan idea. Setiausaha Kongres merangkap Pengarah Sekretariat, YB Ust Nasrudin memang laju bekerja bersama teamnya. Setiap kali mesyuarat, perkembangan kerja cukup bagus walaupun tempoh masa yang singkat. Tak kurang juga Sdr Mustafa Kamil, Nurul Islam, Prof Khazani, Prof Zainal, Dr Bala, Zai Makpen dan lain-lain. walaupun tidak banyak idea yang mampu saya lontarkan, semoga sedikit sumbangan memberi makna di akhirat nanti.

Tahniah saya buat team Sekretariat yang bertungkus-lumus dalam menjayakan kongres ini. Anda memang awesome. Tidak lupa kepada pembahas, perwakilan dan pemerhati yang hadir dari jauh. Hajat kami memang nak diadakan di Stadium Melawati, tapi apakan daya, ia sedang direnovate.Ini sahaja pilihan yang ada yang sesuai untuk kongres.

InsyaAllah kita tunggu kongres yang seterusnya.

#kongresrakyat2015

Akhirnya..

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga jumpa dengan supervisor hari ini. First time jumpa hari tu masa sebelum puasa. Ni nak raya haji pulak. Huhuhu..
Camnilah dilema orang buat master. Bertarung dengan diri sendiri sebelum berjumpa dengan cabaran dalam menyiapkan tesis @ disertasi. Ramai yang bermasalah dengan cabaran diri sendiri.
Hari tu saya kata kat SV, saya akan cuba siapkan proposal dalam masa 3 minggu. Tapi apa yang jadi, 3 bulan. 🙂 Itupun banyak cacat celanya.
Harapnya tempoh untuk buat correction dan jumpa semula SV tak lah lama sangat. Masa berbaki dah tak banyak.
Doakan saya.

#langkahkejayaan