CATATAN KONGRES RAKYAT #1

Beberapa orang sahabat tag saya dalam gambar Kongres Rakyat semalam. Kebetulan saya duduk di belakang Ayah chik di atas pentas semasa majlis perasmian Kongres Rakyat. Ramai sahabat-sahabat yang perasan. Walaupun sebenarnya masa itu saya resah memikirkan kawan-kawan yang belum dapat masuk ke dalam dewan walaupun dah daftar dan bayar. Sebab tag mereka ada dengan saya. Hehehe..

Saya terlibat dengan Kongres Rakyat sejak mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk. Asalnya saya mewakili sahabat yang tidak dapat hadir ke mesyuarat tersebut atas nama NGO Ilmuwan. Tetapi oleh kerana komitmen meyuarat berikutnya melibatkan waktu kerja, maka saya galas tugas tersebut hingga ke hari kongres.

Saya bukanlah orang hebat. Tetapi antara yang mengujakan saya untuk terus memberikan komitmen dalam jawatankuasa induk tersebut adalah peluang untuk mengaut pengalaman bersama otai-otai yang berada dalam jawatankuasa tersebut. Pengerusi Kongres Rakyat, Cikgu Azmi daripada MAPIM memang karismatik. Dalam tempoh mesyuarat memang tersangat jelas menampakkan beliau seorang yang sarat dengan pengalaman, banyak link dengan pihak lain dan kaya dengan idea. Setiausaha Kongres merangkap Pengarah Sekretariat, YB Ust Nasrudin memang laju bekerja bersama teamnya. Setiap kali mesyuarat, perkembangan kerja cukup bagus walaupun tempoh masa yang singkat. Tak kurang juga Sdr Mustafa Kamil, Nurul Islam, Prof Khazani, Prof Zainal, Dr Bala, Zai Makpen dan lain-lain. walaupun tidak banyak idea yang mampu saya lontarkan, semoga sedikit sumbangan memberi makna di akhirat nanti.

Tahniah saya buat team Sekretariat yang bertungkus-lumus dalam menjayakan kongres ini. Anda memang awesome. Tidak lupa kepada pembahas, perwakilan dan pemerhati yang hadir dari jauh. Hajat kami memang nak diadakan di Stadium Melawati, tapi apakan daya, ia sedang direnovate.Ini sahaja pilihan yang ada yang sesuai untuk kongres.

InsyaAllah kita tunggu kongres yang seterusnya.

#kongresrakyat2015