CATATAN KONGRES RAKYAT #2

ym raja idris

Antara isu yang menarik perhatian pembahas, perwakilan dan pemerhati dalam Kongres Rakyat pada kali ini adalah isu ekonomi.

Pembahas isu ekonomi YM Raja Idris telah mengupas sebab kelembapan ekonomi dan telah memberi cadangan mengatasinya. Saya fikir antara pembahas yang paling structured point perbahasannya adalah YM Raja Idris.

Dalam perbahasannya, YM telah mengimbau semula sejarah ekonomi Malaysia. Selepas peristiwa berdarah 1969, satu kongres yang dinamakan Kongres Bumiputra telah diadakan. Dari kongres tersebut, kerajaan telah menyusun semula dasar ekonomi yang dinamakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Matlamat utama DEB adalah untuk menyusun semula masyarakat di mana peluang pekerjaan, perniagaan, pendidikan dan sebagainya mestilah diperuntukkan minima 30% kepada bumiputra. Tetapi malangnya, selepas 20 tahun pelaksanaannya dikira gagal.

Kata YM lagi, penyusunan asal DEB yang hanya dipecahkan kepada 2 iaitu Bumiputra dan bukan bumiptra telah menjadi 4 bahagian semasa pelaksanaan DEB.  4 golongan itu ialah bumiputra,bukan bumiputra, ali baba dan UMNOputra.

Setelah kegagalan DEB, pada tahun 1990 kerajaan memperkenalkan Wawasan 2020 yang akan memakan masa 30 tahun. Target akhirnnya ialah menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Antara konsep utama Wawasan 2020 ialah penswastaan (privatization). Aset dan agensi kerajaan telah diswastakan. Maksud diswastakan ialah harta-harta tersebut telah dijual dan menjadi syarikat swasta. Antaranya ialah Lembaga Letrik Negara telah menjadi Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Telekom Malaysia telah menjadi TM Berhad dan Jabatan Bekalan Air Selangor telah menjadi SYABAS. Apa yang menarik, dalam perjanjian penswastaan tersebut, pihak swasta meminta keuntungan mereka dijamin oleh kerajaan. Sekiranya tiada keuntungan, kerajaan diminta untuk menampungnya. Malah kenaikan harga dijamin kerajaan.  Contohnya SYABAS dibenarkan menaikkan harga air setiap 3 tahun.  Sekiranya syarikat tersebut rugi, syarikat-syarikat tersebut akan dibeli semula oleh kerajaan contohnya MAS.

Setelah 25 tahun berlalu, Wawasan 2020 dilihat tidak akan berjaya.  Malah diakui oleh pengasasnya sendiri Tun Dr Mahathir. Konsep utamanya privatization telah menjadi piratization !

Melihat kegagalan ini, YM mencadangkan kerajaan perlu mengembalikan harta-harta
tersebut kepada rakyat atau secara mudahnya disebut merakyatkan ekonomi negara. Selangor telah memulakannya.

Antara langkah lain yang perlu dilakukan kerajaan ialah :
1) Syarikat-syarikat kerajaan tidak seharusnya bersaing dengan usahawan dari kalangan rakyat.
2) Kerajaan atau agensinya perlu memberi bantuan pembangunan usahawan.
3) Latihan, bantuan kewangan, dan peluang perniagaan mestilah diberi kepada rakyat.
4) Harta rakyat seperti Petronas mestilah dijaga
5) Keperluan asas seperti pendidikan, kesihatan, air, api dan sebagainya tidak lagi diswastakan
6) Galakan untuk industri luar bandar dan industri asas tani

#kongresrakyat2015

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s