Memacu Perubahan Merintis Kegemilangan

Salam juang….

Sudah lama tidak menulis di blog ni. Biasanya kalau sibuk pun, sempat lagi copy and paste artikel2 menarik dari laman web lain. Tapi kali ni sibukny luar biasa sekali. Kadang-kadang sampai makan pun dah tak ingat. Banyak yang perlu di setelkan sebelum mesyuarat agung persatuan. Almaklumlah, dalam mesyuarat agung, Setiausaha Agung lah yang paling sibuk selaku key person utk pelaksanaan….

 

Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) Sesi 2008 akan melabuhkan sauhnya pada 22 November ini. Tema yang digariskan di awal sesi “Memacu Perubahan Merintis Kegemilangan” akan dinilai semula oleh semua ahli sejauh mana pencapaiannya. Pada aku sendiri, sudah tentu tema ini membawa ‘anjakan’ yang banyak utk PPMS. Banyak usaha untuk merubah mentaliti ahli dilakukan sepanjang sesi dalam masa yang sama tidak dinafikan banyak lompang kelemahan perlu ditutup dan diperbaiki. InsyaAllah pimpinan yang bakal dipilih sesi akan datang diharapkan meneruskan gelombang perubahan mentaliti pelajar Syria kepada yang lebih universal dan global.

Semoga mahasisa Syria mampu memahami tanggungjawab yang sedang menunggu mereka di Malaysia. Masyarakat amat dahagakan ilmu dan sumbangan daripada kalian. Janganlah menjadi orang yang tidak menyampaikan ilmu sedangkan pada sisinya ilmu yang banyak. Jatidiri murabbi perlu digarap agar Islam mampu disampaikan untuk semua orang.

Selamat meneruskan perjuangan…Tapi sebelum terlupa.AKu nak sampaikan satu kata2 yg amat menarik daripada Ust Nasaruddin Tantawi ” Orang yang sibuk lah yang mampu buat semua perkara”. Mentaliti yang perlu diubah pada seorang yang berjuang -; kesibukan bukanlah penyebab kita tidak boleh melakukan semua perkara.

Adioss…

One thought on “Memacu Perubahan Merintis Kegemilangan

  1. Perubahan paling utama adalah perubahan diri sendiri sblm membawa org lain utk berubah…Simple : tahu dan sedar matlamat kita di’jadi’kan, kita akan snts cuba m’jd org yg ‘cemerlang’ dunia dan akhirat i-Allah..”selamat melabuhkan sauh PPMS :-)”

Leave a comment