Catatan Syawal 1436H

Alhamdulillah kerana masih lagi dikurniakan usia untuk melalui Ramadhan dan merasai kehangatan Syawal tahun ini. Raya tahun ini cukup korum keluarga kami. Sejak adik kahwin 2013, korum tak pernah cukup sebab adik terpaksa bekerja masa hari raya. Raya tahun ni juga dapat pertambahan ahli keluarga. Selain 2 menantu,ada 2 cucu untuk Ma dan Abah.

IMG-20150717-WA0110

Walaupun hanya dapat berkumpul pada 1 Syawal, kepuasan tetap juga dirasai. 2 Syawal, Ma berhajat balik ke kota. Lama tak beraya dengan adik beradiknya katanya. Tahun ni keluarga sebelah Ma buat program family hari ketiga Syawal. Saya tak dapat join, duit takda pulak nak ulang alik. Lagipun keluarga isteri pun ada program raya juga. Macam ni lah hidup berkeluarga, kena bahagi-bahagi masa dua-dua pihak.

Biasanya raya ni, keluarga sebelah isteri akan menziarahi adik beradik nenek sebelah Abi di Kuantan. Atuk sebelah Abi dah meninggal, tinggal keluarga Nek.  Tok Amad di Bukit Kuin dan seorang lagi adik di Permatang Badak. Tok Amad masih kuat walaupun fizikal dimamah usia. Katanya dia masih lagi mampu memandu ke Kota Bharu dari Bukit Kuin balik hari. Baru-baru ni pun, dia pergi ke Bandar Baru Bangi dari Bukit Kuin balik hari. Jarak Bukit Kuin ke Bangi tu lebih kurang 260km.

Keluarga Wan sebelah Mi pula tinggal sekitar Kemaman je. Jadi biasanya berjumpa di rumah Wan pada petang 1 Syawal. Satu keunikan keluarga Wan ialah almarhum Atuk berkahwin lebih daripada satu. Ayah kepada Wan pun kahwin daripada satu. Jadi ramailah adik beradiknya. Ada yang seibu sebapa, ada yang sebapa dan ada yang seibu. Keunikan ni biasanya akan membawa kepada keunikan hukum berkaitan dengan aurat, mahram dan mirath.

Raya tahun ni masih belum plan keluar dari Kemaman. Terasa juga nak ke Kuala Terengganu, jumpa kawan-kawan lama. Tapi kena tengok dulu poket, kempis ke tebal. Huhu.. Setakat ni dlu. Eid Mubarak, Kullu ‘Aam Wa antum bikhairin.

Kijal, Terengganu.

3 Syawal 1436H

IMG_20150718_182958

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s