Greed Vs Need

saifnangIni foto saya dan saya buat kerja ini hingga saya bekerja sebagai pensyarah di Limkokwing University (2000-2002) semasa balik sekali sekala ke kampung. Selepas itu, ayah saya pun dah tak larat dan terpaksa upah kebun kepada orang lain. Saya pernah miskin juga, semasa gaji saya RM2300 sebagai pensyarah rakan sekerja dah ada yang beli kereta Honda dengan installment RM1000 lebih. Saya cuma beli Kancil EX660 dgn installment RM361 sebulan. Saya sedar saya ada keluarga miskin yang adik-adik perlu ke sekolah dan masuk universiti, maka secara alam saya terdidik untuk korbankan kemahuan diri sendiri dan hanya mengutamakan keperluan (Greed Vs Need).

Mari saya tanyakan rasional mendidik nafsu diri. Kaya kita bukan kerana kita banyak duit tetapi kerana kita CUKUP. Pendapatan 100k sebulan jika nafsunya RM200k tetap kita jadi sangat miskin lagi.

Maka kuncinya ialah nafsu yang perlu dididik. Kita jarang sedar tujuan kereta yang hebat itu anda gunakan bukan untuk anda gunakannya sebagai kereta tetapi kepuasan nafsu diri apabila orang melihat anda hebat kerana memilikinya. Sama juga isu macam orang kaya kahwin artis, bolehlah rasa bangga berkokok bak ayam jantan. Jalan juga sudah jadi mendabik dada. Adakah kita beli kereta untuk diri kita atau untuk pandangan orang lain?

Itulah nafsu sebenarnya. Saya sering berpesan dalam siri ceramah saya, jika anda mampu beli BMW cukuplah hanya dengan Proton Waja, Jika mampukan Ferrari cukuplah hanya anda beli Mercedes.

Saya setuju kalau nak turunkan harga kereta. Woww…siapa yang taknak kan? Tapi jika nafsu tidak dididik, harini anda terpaksa bayar RM1000 sebulan untuk sebuah kereta keluarga, nanti jika harga dah turun, berapa ramaikah antara anda yang akan beli kereta keluarga pada kadar bayaran bulanan RM500? Atau anda akan upgrade kereta anda dan kekalkan bayaran balik RM1000 sebulan.

Soal harga kereta boleh turun saya yakin ada pihak dah buat kajian tentangnya. Itu kita serah pada mereka, pasti mereka bijak dalam urusan itu. Sekarang soalnya pada diri kita sendiri BAGAIMANA?

SAIFUL NANG
Orang Fakir

p/s SHARE jika rasa berfaedah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s