Larangan Pemakaian Pudah Tidak Adil – Qaradhawi

niqab

Doha (Qatar) : Presiden Persatuan Ulama Islam Antarabangsa, Syeikh Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi menyatakan kehairanannya dengan pandangan sesetengah pihak yang melarang golongan wanita daripada memakai purdah atas pelbagai alasan tetapi pada masa yang sama membenarkan mereka memakai ‘skirt’ yang menampakkan sebahagian aurat mereka.

Beliau berkata demikian dalam satu program “Syariat dan Kehidupan” dengan tajuk “Penindasan Terhadap Agama” yang dikendalikan oleh stesen Al-Jazeera Qatar yang disiarkan secara langsung baru-baru ini.

Dalam rancangan itu, Syeikh al-Qaradhawi menjelaskan bahawa pemakaian purdah bukanlah satu kefardhuan ke atas muslimat kerana menutup muka bagi mereka bukanlah wajib akan tetapi ia tetap satu pilihan baik bagi mereka yang mahu memakainya.

Beliau berkata demikian sebagai menyangkal tindakan segelintir ahli ilmu yang beriya-iya melarang pemakaian purdah di kalangan muslimat termasuk para pelajar perempuan khususnya di universiti al-Azhar.

Beliau mempersoalkan mengapa ia dilarang begitu keras tetapi bagi pelajar perempuan yang masih memakai skirt dan hampir telanjang tidak dilarang.

Beliau bimbang larangan yang dibuat itu sebahagian daripada kempen mensekularkan sistem pendidikan yang meragut kebebasan berpakaian di kalangan muslimat dan pelajar perempuan yang berjalan elok sebelum ini.

Menurut al-Qaradhawi, isu pemakaian purdah di kalangan muslimat tidak mendapat kesepakatan para fuqaha. Ada di kalangan mereka mewajibkan memakai purdah khususnya terhadap wanita yang memiliki rupa paras yang cantik dan menawan yang boleh menggoda iman orang lelaki yang melihatnya dan ada pandangan mengatakan ia adalah harus sahaja.

Beliau juga menyangkal pandangan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa purdah bukan dari ajaran Islam, pandangan ini tidak tepat dan salah, kerana ia ada dalam pandangan imam-imam mazhab seperti Syafie dan Hambali.

Beliau mengkritik keras mana-mana pihak yang bertindak keras terhadap larangan tersebut, tetapi beliau mengingatkan para pelajar perempuan yang berpurdah adalah dibolehkan menanggalkan purdah dalam kelas jika tiada pelajar lelaki di situ tetapi apabila kelas mereka bercampur antara pelajar lelaki dan perempuan, adalah menjadi hak mereka untuk tidak menanggalkannya.

Terdahulu Sheikh al-Qaradhawi yang juga sifatnya selaku Presiden Persatuan Ulama Antarabangsa menyatakan pendirian dan sikap persatuan berkenaan terhadap tindakan Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy yang mengarahkan agar pelajar perempuan negara itu tidak dibenarkan memakai purdah dengan keras.- islamweb.net

*Dipetik dari Harakah 1485 dalam Sisipan Fikrah.

Purdah : Bid’ah @ Wajib?

Niqab- qaradhawiSebenarnya saya sudah lama ingin untuk publishkan artikel ini, semenjak berada di Syria lagi tetapi masa agak terbatas. Ketika musim peperiksaan yang lepas pada musim panas, saya telah membaca satu kutaib (buku kecil) yang ditulis oleh Syeikh Yusof al-Qaradhawi yang bertajuk “Purdah : Antara Pandangan Yang Mengatakan Bid’ah Dan Pandangan Yang Mengatakan Wajib”. Kutaib ini telah berjaya menambahkan lagi kekaguman saya kepada al-Qaradhawi. Dengan cara penulisan yang teratur dan bahasa yang amat kuat, ia cukup memberi kesan kepada pembaca. Apatah lagi tulisannya memudahkan kita bagaimana untuk memahami al-Quran dan mengeluarkan hukum.

Namun begitu, artikel ini hanya mengambil sedikit sahaja khazanah daripada kutaib tersebut untuk memudahkan sahabat-sahabt memahami isu yang diutarakan. Kutaib ini telah ditulis setelah sheikh ditanya mengenai hukum purdah oleh 2 pihak berdasarkan masalah yang berbeza.

Pihak pertama mengutarakan soalan setelah pihak pengurusan di tempat pengajiannya mengharamkan purdah dan mengatakan bahawa purdah ini perkara yang meresap masuk ke dalam cara hidup orang Islam, bukannya berasal daripada Islam dan mazhab-mazhab fiqh. Dalam bahasa mudahnya, mereka menganggap purdah adalah bid’ah. Dan semua tahu bahawa setiap perkara bid’ah itu sesat dan setiap yang sesat itu adalah pasti ke dalam neraka.

Pihak kedua pula mengutarakan soalan apabila ada orang mengatakan bahawa purdah adalah daripada sari pati kehidupan Islam. Memakainya adalah wajib kepada setiap muslimah. Menutup muka juga adalah kewajipan agama dan tidak boleh diabaikan. Mereka menyanggah pihak yang berpegang dengan pendapat hanya wajib memakai tudung kerana mereka menganggap bahawa purdah juga satu kewajipan. Mereka mendakwa bahawa mereka yang tidak berpegang kepada hukum kewajipan purdah adalah golongan yang terpengaruh dengan kehidupan barat.

Semasa menjawab kedua-dua persolan ini, Sheikh telah menyatakan manhaj ilmunya ialah kesederhanaan. Sederhana yang berasal dari al-Quran dan Sunnah, yang mengimbang antara nas-nas juz’iy dan maqasid kulliy, antara ketetapan syarak dan fleksibel perkembangan semasa.

ADAKAH PURDAH ITU BID’AH?

Sebenarnya ulama telah berselisih pandangan mengenai had-had aurat wanita. Ia berpunca dari ayat hukum menutup aurat iaitu ayat 31 surah an-Nur  dan ayat 59 surah al-Ahzab.

Ayat 31 surah an-Nur berbunyi :

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya”

Ulama berkhilaf dalam menentukan apakah yang dimaksudkan dengan ‘yang zahir daripadanya’. Ibnu Abbas menyatakan bahawa maksudnya ialah celak dan cincin. Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa ia bermaksud pakaian luar dan tudung.

Continue reading

Kronologi Isu Purdah Yang Membabitkan Syeikh Tantawi

Oleh : Hairul Nizam Mat Hussain

Al-Imam Al-Akbar sering dinista oleh akhbar dan berita. Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi sehingga beliau sering diburukkan. Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab (purdah).

Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini.

**************************

1. Isu bermula apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi melawat satu sekolah maahad al-Azhar khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi) pada Sabtu bersamaan 4/10/2009. Beliau telah melawat satu kelas lalu melihat ada seorang pelajar perempuan bernama Alak ( آلاء ) memakai purdah. Alak berumur 13 tahun.

2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah kerana kelas tersebut hanya untuk para pelajar perempuan sahaja. Beliau merasa hairan mengapa pelajar tersebut memakai purdah sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan, guru yang mengajar adalah guru perempuan dan bilik kelas adalah tertutup. Alak pada awalnya tidak membuka niqab apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi memintanya membuka niqab.

3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi selepas itu telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka. Beliau juga menafikan kenyataan media yang menyatakan bahawa beliau bercakap dengan Alak dengan nada suara yang kasar.

4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف ) telah mengadakan mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009 untuk membincangkan isu niqab ini. Majlis telah memutuskan bahawa :

Continue reading

Becakap Tentang Bajet 2010

1|| Saya bukanlah orang yang pandai untuk bercakap mengenai bajet dan ekonomi negara, tetapi perasaan untuk belajar menebal tinggi. Tambah-tambah apabila masyarakat memang berhajat untuk kita mengketengahkan bagaimana strategi  Islam dalam mentadbir eknomi negara. Sekadar permulaan, bolehlah dengan memberi komen.

2|| Dah seminggu Bajet 2010 dibentangkan. Banyak respon yang  diterima walaupun ramai yang terkejut pada hari yang sama Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan cadangan untuk mengadakan EGM Pas. Bagiku, bajet sulung Najib merupakan Bajet PRU 13. Semua pihak yang melakukan swing vote ketika PRU 12 yang lepas, diberi gula-gula insentif bantuan yang bersifat ‘pakai buang’, sekali beri habis begitu sahaja. Ibarat kata bajet ini agak berlainan dengan prinsip orang Cina. Mereka memberi mata kail kepada seseorang untuk membolehkan ia memancing dan menangkap ikan. Sebaliknya bajet 2010 kebanyakannya seolah-olah memberi ikan kepada seseorang. Sekali makan, terus habis. Kemudian mengharap lagi pemberian dari kerajaan. Tetapi kerajaan terpaksa memberi gula-gula tersebut untuk cover sementara penyakit yang membarah.

3|| Adapun penggantungan pendapatan negara kepada petroleum amatlah tinggi. Lebih dari 40% datang dari Petronas tidak temasuk dari syarikat-syarikat lain. Ini bermakna ianya lebih separuh daripada pendapatan negara. Dalam masa yang sama, kita sering diberitakan bahawa rizab minyak negara akan habis dalam masa yang tidak lama lagi. Walaupun Petronas telah mengatur strategi untuk membuat pelaburan di negara lain, kerajaan dilihat tidak kompetitif dalam menyelesaikan masalah ini. Tidak nampak sangat strategi Najib untuk menyelesaikan masalah ini yang bersifat jangka panjang.

4|| Mungkin bajet kali ini dilihat cantik oleh kebanyakan orang. Tambahan pula, pimpinan PR tidak membuat komen yang agak kontra kerana masing-masing terkena dengan masalah dalaman parti masing-masing. Akan tetapi, realitinya sering berlaku ketirisan dalam berbelanja oleh pihak kerajaan BN menyebabkan defisit yang begitu tinggi. Perlu dilakukan reformasi dalam kerajaan untuk lebih berhemat dalam berbelanja supaya tidak berlaku setiap tahun adanya defisit.

5|| Saya sudah beberapa kali perasan, pemimpin Umno/BN telah menggunakan ungkapan-ungkapan Arab yang selalu digunakan oleh orang Pas. Dalam bajet 2010, Najib menggunakan ungkapan “Baiah”. Sebelum ini, Muhyidin telah guna “Wehdatul Fikr” & “Wehdatul Amal” semasa EGM Umno. Nampaknya Umno dah banyak ciplak gaya Pas. Mungkin mereka tahu bahawa pengaruh Pas semakin berakar dalam masyarakat, sebab itu bermacam-macam perkara perlu dibuat walaupun tindakan tersebut seperti ‘menciplak’ gaya orang.

PAS adakan seminar ganti muktamar khas

hadipress2

KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikan muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 November ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

hadipressSelain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.

Masalah rangkaian PLUS untuk Kad BSN Matrix

Beberapa hari yang lepas, ada sahabat di Syria mengadu tentang masalah tidak dapat mengeluarkan duit dengan menggunakan kad BSN. Dia minta untuk saya bertanyakan masalah ni kepada BSN. Lalu, satu emel dihantar kepada Bahagian Khidmat Pelanggan BSN berbunyi begini :

Assalamualaikum.

Kami pelajar2 di Damascus, Syria ingin bertanyakan sebab kenapa kami tak dapat keluarkan duit dr ATM di sini. Ada masalahkah dengan PLUS?

Sudah 5 hari kami tak dapat keluarkan duit.

Mohon penjelasan.

Sekian terima kasih.

Selepas sehari, BSN telah membalas email tersebut;

Borang Pengaktifan@Pembatalan VISA PLUS (VISA PLUS Activation@Cancellation Form)

BN/IP/JPC/253.12/1 JLD 6/2009(72)

Pelanggan yang dihormati,

PENGAKTIFAN KAD MATRIX BSN

Untuk makluman tuan/puan, disebabkan terdapat masalah teknikal yang berlaku terhadap talian Visa Plus, maka  Kad Matrix BSN tidak dapat digunakan buat masa ini.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan atau individu yang ingin menggunakan semula Kad Matrix BSN perlu mengisi Borang Pengaktifan/Pembatalan bagi mengaktifkan semula Kad tersebut atau membatalkannya. (sepertimana yang dilampirkan). Borang permohonan tersebut perlu diemelkan semula dalam bentuk “scannner” bersama dengan dokumen yang disenaraikan di bawah ;

a)      Salinan Dokumen Pengenalan (Kad Pengenalan/Passport)

b)      Salinan Buku Akaun / Kad Akaun

c)      Salinan Kad ATM (BSNMATRIX / MATRIX-i)

d)      Salinan Dokumen Pengenalan WAKIL di Malaysia (jika berkenaan)

e)    Pastikan TANDATANGAN sama dengan di dalam buku akaun dan CAP IBU JARI KIRI disertakan di dalam borang permohonan

Setelah dokumen tersebut diterima, pihak kami akan mengambil tinadakan selanjutnya bagi pengaktifan tersebut.

Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 03-21425258 ataupun melayari laman web kami di www.bsn.com.my sekiranya tuan/puan memerlukan sebarang maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

Dengan hormatnya,

BANK SIMPANAN NASIONAL

Seksyen Khidmat Pelanggan

Jabatan Perbankan Cawangan

Semalam, ketika hendak membuat urusan di BSN, saya ternampak satu notis yang rasanya telah ditampal lama. Notis ini amat berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh sahabat-sahabat di Syria.

DSC01001

Continue reading

Salam kebangkitan buat sahabat di Syam

Sudah lama tak mendengar cerita-cerita dari Syria. Kebetulan berjumpa dengan sahabat di alam maya, kesempatan diambil untuk bertanya. Banyak sungguh cerita dari lembah Syam. Tetapi yang paling tercalit diingatan ialah mengenai natijah imtihan (keputusan peperiksaan) akhir sesi lepas. Ramai yang terpaksa mengulang semula tahun pengajian kerana gagal melepasi had yang ditetapkan.

Natijah imtihan memang menjadi pengaruh besar dalam kehidupan pelajar. Kegagalan dalam imtihan boleh membuatkan hidup seseorang menjadi gelap. Kekecewaan yang ditanggung bukan kepalang. Malu yang dirasa bukan sedikit. Mau saja disepak apa jua yang ada didepan, dihantuk-hantuk kepala ke dinding dan berkurung dalam rumah sehingga reda rasa kecewa. Ini adalah lumrah bagi pelajar yang gagal. Walaupun lumrah, ianya tetap pahit.

Kegagalan juga membuatkan hilangnya rasional. Kita mula mencari salah, dan yang paling kerap berlaku ialah kita menyalahkan orang lain. Berkemungkinan juga kita membunuh diri kerana pahit yang terpaksa ditelan. Rasional yang hilang digantikan dengan emosi yang membara. Ini menyebabkan kehidupan ‘mereng’ seketika.

Kepada sahabat-sahabat yang berkenaan, tabahkanlah hati dan terus munajat kepada Allah. Pasti dan pasti apa yang berlaku mempunyai hikmah. Muhasabahlah diri dan lakukan tajdid. Jangan tudingkan jari kita kepada pihak lain kiranya kita yang banyak lakukan kesilapan. Binalah jiwa pejuang dalam diri kalian yang mana tidak mudah kalah kepada ujian. Bangkitlah kerana cahaya pasti ada di hujung lorong yang gelap !! Siiru ‘ala barakatillah..

Panodrama PRK Bagan Pinang 5

HARI MENGUNDI

DSC00772Suasana di UPU Bagan Pinang. Suasana tenang walaupun geng-geng Umno ada yang mulut busuk mengutuk dan mengata dengan kejian dan makian

DSC00774Muslimat antara yang turut serta merayu undi

DSC00775Abang polis sedang berkawal

DSC00776Ada sorang bekas pelajar Syria dalam gambar ni. Masa ambil gambar, tak perasan ada ex-Syria yang enterframe.

DSC00777Suasana di UPU Taman Eastern. Suasana gamat di sini, tapi terkawal.

Continue reading

Panodrama PRK Bagan Pinang 4

HARI-HARI AKHIR

DSC00738Ketua keselamatan PAS, memberi taklimat untuk malam hirosah (berkawal di malam hari). Hirosah dibuat kerana pemuda mabuk umno telah membuat kecoh pada malam sebelumnya

DSC00739Bersama sahabat2 seperjuangan berhirosah di Markas Induk.


DSC00757ADUN Paroi (PAS), YB Taufik sedang memberi penerangan kepada warga perantau DUN Bagan Pinang.

DSC00758YB Husam Musa turut serta, kelihatan sekali Ust Salleh Man yang baru bergelar YB Permatang Pasir

DSC00759Suasana di Program Bersama Perantau

DSC00761Pelancong terperangkap dalam kesesakan lalulintas di Telok Kemang, berhampiran markas Pas UPU Telok Kemang

Continue reading

Panodrama PRK Bagan Pinang 3

SUASANA KEMPEN PRK

DSC00681Isa Samad sedang berkempen. Dia kata “PAS ni, kalau orang Belanda hina Islam mereka buat demo. Kalau Amerika hina Islam mereka buat demo. Tapi bila Ronnie Liu hina Islam, PAS kata dia tak faham Islam lagi. Ini lah yang menunjukkan Pas ni tak bela Islam” >>> Orang bodoh sahaja yang termakan dengan logik akal Isa Samad ni

DSC00683Ali Rustam tengah kempen. 2 kaki  rasuah berkempen di tempat yang sama.Yang kata depa 2 orang ni rasuah bukan PAS pun, Umno sendiri yang kata depa rasuah, tapi tukar istilah je.. “PILITIK WANG”

DSC00684Pak Cik ni ‘angin’ betul dengan kempen BN. Kebetulan tempat kempen BN bertentangan dengan Markas Pas utk UPU Si Rusa. >> Khemah-khemah & tikar kat belakang tu jadi tempat penginapan petugas PAS. Jentera Umno-BN kebanyakan di resort & hotel. “Antara 2 darjat”

DSC00689Pentas PR berhampiran dengan Marina Bay Resort. Calon Pas ada di atas pentas

Continue reading