Masalah rangkaian PLUS untuk Kad BSN Matrix

Beberapa hari yang lepas, ada sahabat di Syria mengadu tentang masalah tidak dapat mengeluarkan duit dengan menggunakan kad BSN. Dia minta untuk saya bertanyakan masalah ni kepada BSN. Lalu, satu emel dihantar kepada Bahagian Khidmat Pelanggan BSN berbunyi begini :

Assalamualaikum.

Kami pelajar2 di Damascus, Syria ingin bertanyakan sebab kenapa kami tak dapat keluarkan duit dr ATM di sini. Ada masalahkah dengan PLUS?

Sudah 5 hari kami tak dapat keluarkan duit.

Mohon penjelasan.

Sekian terima kasih.

Selepas sehari, BSN telah membalas email tersebut;

Borang Pengaktifan@Pembatalan VISA PLUS (VISA PLUS Activation@Cancellation Form)

BN/IP/JPC/253.12/1 JLD 6/2009(72)

Pelanggan yang dihormati,

PENGAKTIFAN KAD MATRIX BSN

Untuk makluman tuan/puan, disebabkan terdapat masalah teknikal yang berlaku terhadap talian Visa Plus, maka  Kad Matrix BSN tidak dapat digunakan buat masa ini.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan atau individu yang ingin menggunakan semula Kad Matrix BSN perlu mengisi Borang Pengaktifan/Pembatalan bagi mengaktifkan semula Kad tersebut atau membatalkannya. (sepertimana yang dilampirkan). Borang permohonan tersebut perlu diemelkan semula dalam bentuk “scannner” bersama dengan dokumen yang disenaraikan di bawah ;

a)      Salinan Dokumen Pengenalan (Kad Pengenalan/Passport)

b)      Salinan Buku Akaun / Kad Akaun

c)      Salinan Kad ATM (BSNMATRIX / MATRIX-i)

d)      Salinan Dokumen Pengenalan WAKIL di Malaysia (jika berkenaan)

e)    Pastikan TANDATANGAN sama dengan di dalam buku akaun dan CAP IBU JARI KIRI disertakan di dalam borang permohonan

Setelah dokumen tersebut diterima, pihak kami akan mengambil tinadakan selanjutnya bagi pengaktifan tersebut.

Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 03-21425258 ataupun melayari laman web kami di www.bsn.com.my sekiranya tuan/puan memerlukan sebarang maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

Dengan hormatnya,

BANK SIMPANAN NASIONAL

Seksyen Khidmat Pelanggan

Jabatan Perbankan Cawangan

Semalam, ketika hendak membuat urusan di BSN, saya ternampak satu notis yang rasanya telah ditampal lama. Notis ini amat berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh sahabat-sahabat di Syria.

DSC01001

NOTIS

PENGAKTIFAN / PEMBATALAN RANGKAIAN VISA PLUS KAD BSN MATRIX / MATRIX-i

Pelanggan-pelanggan yang dihormati,

Pihak BSN telah mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan lagi kemudahan melalui penggunaan Kad ATM BSN Matrix / Matrix-i.

Mulai 20 Oktober 2009, anda boleh membuat urusan Pengaktifan Rangkaian VISA PLUS untuk kemudahan pengeluaran wang tunai di ATM luar negara.

Di samping itu, Pembatalan Pengaktifan Rangkaian VISA PLUS boleh dilakukan sekiranya anda sudah tidak lagi memerlukan kemudahan tersebut.

Kedua-dua urusan ini hanya boleh dilakukan di mesen ATM BSN sahaja dan tiada sebarang had bilangan urusan ditetapkan bagi kedua-dua transaksi tersebut.

Sila kunjungi mana-mana cawangan BSN yang berhampiran atau hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan BSN di talian 03-21425258 untuk keterangan lanjut.

Terima kasih.

Pengurusan BSN.

Diharapkan dengan maklumat yang ada ini dapat membantu sahabat-sahabat semua untuk menyelesaikan masalah yang sedang melanda. Ada dua cara yang telah tersedia, pilihlah satu yang terbaik…

One thought on “Masalah rangkaian PLUS untuk Kad BSN Matrix

  1. Tertarik dgn.masaalah ini saya juga rasa hairan mengenai bsn papar sabah? Boleh di kira masyarakat miskin terpaksa menyewa atau keluar dari pendalaman untuk berurusan dgn.bsn papar,sabah?musykilnya saya baru ini ada kehilangan kad buku bank, ialah ia cuma kad biasa tapipegawai sebut buku bank….walau pun saya merayu mengatakan kad atm saya rosak minta di baharui tapi pegawai masih mau juga kad buku bank dan jika hilang, wang didalam a/c tak dapat di keluarkan..bayangkan masaalah ini dihadapi oleh beratus orang susah d pendalaman? Pegawai ini langsung tak berhati perut….suatu hari saya pergi ke bsn jalan gaya street,sabah? dgn selamba saya kata kan saya ada kad bsn rosak dan kad buku hilang sudah? Tau apa terjadi?itu pegawai dgn senyum minta k.p dan terus buat kad buku baru guna a/c asal…..minta pihak berkenaan siasat masaalah susah rakyat sebab di ent.bsn tiada bahagian aduan.

Leave a reply to abdul rauf ayub Cancel reply