Uwais al-Qarny Yang Istimewa

Kita selalu mendengar nama Uwais al-Qarny kerana seorang ayah selalu memberi nama ini kepada anaknya yang baru lahir. Nama ini sebenarnya mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sudah menjadi amalan kita masyarakat Islam memberi nama anak yang baru lahir dengan nama-nama sahabat atau tabi’in yang soleh lagi baik akhlaknya.

 

Nama sebenar Uwais ialah Uwais bin Amir. Al-Qarny yang dinisbahkan kepadanya itu diambil daripada perkataan ‘al-Qaran’, nama qabilahnya. Uwais al-Qarny sebenarnya adalah seorang tabi’in. Tabi’in bermaksud ialah generasi orang Islam yang hidup selepas generasi para sahabat. Ada juga pandangan yang mengatakan tabi’in ialah generasi yang memeluk Islam dan sempat hidup bersama para sahabat serta tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W.  Oleh kerana Uwais adalah seorang tabi’in, maka beliau tidak pernah berjumpa dan bersemuka dengan Rasulullah. Tetapi apa yang istimewa tentang insan ini ialah Rasulullah telah menceritakan mengenainya ketika Rasulullah masih hidup lagi, malah Rasulullah menyebutnya sebagai tabi’in yang paling baik.

  Continue reading